Perjalanan Hidup Berdua

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

PENCINTA MAKANAN SEJATI

Friday, December 9, 2011

Gathering Shah Alam Bloggers Part 2

      Malam neh jangan lupa yea? Korang ada janji. Ader kameraman nak 'tembak' korang masuk dalam kamera DSLR dier. Even bagi sesetengah orang mender neh tak gempaq dan biasa2 ajer, tapi bagi aku sangat besh. 'Masuk' dalam kamera mahal woh!

     Pastuh ader cabutan bertuah. Tapi kalo takder pon, aku dah bersyukur kerana dapat berukhwah ngan geng2 bloggers untuk kesekian kalinyer.

     Moh skodeng nanti kito nak buek apo...

 Tentatif program:-

8.00pm-8.30pm: Pendaftaran Bloggers

9.00pm-9.30pm: Ketibaan jemputan Khas (VVIP)

9.45pm-10.00pm: Ucapan alu-aluan oleh organizer (SH iMAGE)

10.00pm-10.45pm: Cabutan Bertuah+Sesi Bergambar

11.00pm: Bersurai


     Buat2 tak ingat lagik? Ohkey, tengok banner....
     Tanak datang?? Takperler...nak wat cemana. Awak tanak jumpa sy...sy bukan retiss....huhuhuuhuhuh...

P/s: Nak tau lagik? Terjah sinikkkk...

Thursday, December 8, 2011

Sampel Susu S26



     Tengok date kat gambo tuh dah lama sebenonyer 'sample' neh dah sampai. Alhamdulillah! Sekian banyak 'sample' yg aku 'request', baru ini yang dapat mendernyer. Tak seperti 1 brand tuh yang aku rasa macam menipu dan tak ikhlas ajer biler nak bagi mender pree kat orang.

     Kuar iklan kat tv suh sms bagai tapi berpuluh kali sms asyik2 'fail'. Pelik. Tak penah terjadi dalam sejarah aku. Fine, coba isi kat FB dan dah jadi ahli bagai. Kunon dijanji 'sample'. Sampul surat yang besau ader sampai tapi katanyer suh call hotline ker coldline dier utk pengesahan tahaperhaper plaks. Huh! Pangkah terusss...

     Ohrait, kasi sejuk minda n hati sket. Biler 'sample' susu untuk ibu mengandung dan menyusu dari Wyeth ini sampai, terus suker pasal bukan 1 'sachet' diberi tapi 2! Tak dekut kan? Plus ada 1 buku resepi yang korang nampak tuh.

     Kandungan susu neh korang bole tengok dan rujuk kat gambo. Bahan 'extra' yg ditambah adalah minyak ikan yang menarik perhatian aku. Sebelum neh aku tak penah tengok/baca/tau pasal susu yang ado minyak ikan.

     Tuang 1 'sachet' kat dalam gelas. Macam banyak. 40g setiap 'sachet'. Banyak tuh. Cuba buat susu suam. Setelah dicampur air, kelihatan susu neh agak susah nak larut berbanding susu Nestle 'Mom n Me' tuh. Rasa? Ada macam soya2 siket even perasa yang diberi adalah vanila. Jadi, aku rasa, selagi ader 'bajet', aku nak 'stick' ngan NM&Me tuh duluh.

     Aper2 hal pon, Wyeth... aku nak ucapkan terima kasih di atas 'ketidak'kedekutan' pihak korang bagi aku rasa produk syarikat korangg...teennggssssss again!!

Monday, December 5, 2011

Kalo Perlu, Sila Mintak...

     Hoh! 'Menda' itu sudah siap. Nak tunggu masa uloq kat orang ajer... Inilah rupanyer..


     Haha... macam 'property' Uitm plaks yea? Baguihlaaa pasal dah namo pon alumni. Jadinyer, kalo perlu, jangan malu, jgn segan, sila mintak ajer yea?

Friday, November 4, 2011

Supplemen

     Dok tercari2 makanan tambahan. Sementelah menyusu ini. Tak banyak jenama susu utk ibu yg menyusu dalam pasaran. Kalo ader pon, mahel benar. Bajet kono jaga weh. Telek2 kat Giant 18, Shah Alam....ternampak jenama ini....


     Macam menarik. Tengok perisanyer vanila. Peberet neh. Berat sebanyak itu rm19.++. Mahal gaks tapi inilah ajer yang termampu dlu so Cik Abe beli dua. Try minum...sedaappppp!
     Dulu mak aku cakap, lepas lahirkan aku;semer giginyer rosak. Aku pon rasa takot. Lagipon, arwah ayah n mak aku mempunyai gigi yang tak tahan lama. Ironi plaks ngan PIL aku. Gigi depa masih elok. Now, hasil pembacaan aku kat tenet, baru aku tau sebab naper gigi mak aku tak tahan lama. Pasal kekurangan kalsium dan zat2 makanan lain dalam badan. Dulu2 mana nak tau maklumat macam neh kan? Alhamdulillah! Ader juger rejeki aku nak makan/minum supplemen yang dah lama aku tinggalkan....





Wednesday, November 2, 2011

Roti Canai Carik

     Cik Abe aku memang suker try apa2 resepi yang dirasakan menarik. Antara sumber nak dapat resepi tuh semer selain kt tenet neh, beliau suka 'tiru' yg pepagi kat tv. Tak kira ler yg kat TV1, TV2 or TV3. Before nak g anta Abang Imran ke sekolah n terus g kje, sempatla beliau usha2 kt tb.

     Antara resepi2 tuh termasuk lempeng pisang, nasi aper yer...lupa..tp aku penah tgk ader sorang chef tuh buat nasi tembikai. Mmg menarik tapi aku lom cubalah...ehehehhe
     Kali neh, menu yg dicuba bukan yang baru tp yang menjadi kegemaran kiter semer....iaitu roti canai. Biasanyer roti canai di'rehat'kan agak lama gaks dalam 2 jam tapi dah perut binik beliau tuh dah berhip hop bagai, so tak menjadik sgtlah. Tapi aku bagi nama baru utk menu neh....

 Sesudah diuli, lom sempat mesra sudah ditebar... maka sesuailah ia dipanggey Roti Canai Carik kan?

Skill dah ado tp tak slalu buat kan? Dulu2 beliau agak biasa menebar masa meniaga part-time. 

     Aiseh! Lupo mau snap yg dah siap psl dah kebuluq beno. Yang last Cik Abe buat roti boom. Wahhh!! Shedap.... nanti nak request beliau buat lagik... nyam3....tqvm, Abah!!


Friday, October 28, 2011

Main Masak Masak

     Pada suatu petang, hujan turun dengan lebatnyer. Dah ujan2 neh biasanyer kita akan kaitkan dengan tidur dan kelaparan. Aku plaks, tito sudah. Perut plaks yang dok berhip-hop. Bahan asas dah ado.... roti mil penuh, telur, marjerin, garam bukit dan madu. Kuali leper, dapur, mangkuk dan pemukul telur.

     Kasi kacau/pukul semer cengginih...



Pastuhhhh....

Bole dah wallop dinikmati. Pekena ngan coklat panas Cadbury neh memang terangkat. Pastuh leh sambung tito balik...hohohoohho


Tuesday, October 25, 2011

Alasan....!!

air tangan Cik Abe setiap hari tanpa gagal sejak dalam pantang. Menggemukkan orang mmg kegemaran hub akuh. Now aku dah ado alasan sebab naper tak kuruih2 kan? 'sour grape' btuiii...

Sunday, October 23, 2011

Joommm...jommm


Blueberry Cheesetart yang kubuat ditempah dari isteri kwn tmpt kje hub aku sebagai juadah 'potluck' d umah Kakcik... moh2

Sunday, October 16, 2011

The First Ever Blogger Masterchef Challenge 2011

     Nak ingat tajuk neh pom jenuh nak kener belek2 balik gambo coz berat sungguh rasanyer. Or pasal pjg bebenau kots. Ker pasal urat ingatan aku dah putus??..huhhuuuhuh

     Tapi, apa yang korang akan baca sat lagi adalah memang benar belaka. Terus dari tempat kejadian w/pun tidak secara langsung.

     Memecah 'tradisi' selepas pantang, pertama kali memegang stereng keta dek kerana terlalu ingin ke Masterchef event w/pun hanya utk. bloggers. Hanya tuh macam tak sesuai jer nak pakai pasal bloggers pon byk pengaruh laa neh kan? Tapi belasahler pasai dah penat benau bagi sokongan neh...kunun.....hahahahhahahahhhh

     Happy gaks pasal event bloggers kali neh dekat ngan umah aku. Sungguhpun aku bukan peserta, tapi sokongan utk. kwn2 bloggers yg menyertai juga penting. Lagipun, bolehler bertemu hidung  mata ngan kengkawan lama dan mengenali kengkawan baru.

     Den sampai awai lagik sebenonyer; iaitu b4 acara bermula. Akan tetapi, dek melayan reronda cari parking kat basement, 45 minit masaku berlalu begitu sahaja. Dicampo ngan pembaziran minyak keta aku tapi takperler demi parking teduh utk anak2ku... Memula sampai, ternampak depa berdua neh... abang2 kepada semer orang tak kirer tua or muda; lelaki perempuan..jantan betina........

 
     Ok, abg2 berdua neh memang friendly and ramah yer? Sungguh tak tipu punyos so if korang jumpa depa kat memana boleler bagi salam dulu n tegurler. Surely depa leh open table utk apa saja nnti, btui tak abang2?...ehehehe

     Kaki melangkah lagik... ternampak manager beliau so mata meninjau dimanakah gerangan ketua talibarutz..... owh! Sudah nampak...langsung....

snap...snap lah aper lagik... Kak Ina KL yg ramah mesra. Tengkiulah buat manager Kak Ina yang menyenap gambo ini dan menampakkan ke'slim'anku....yaa aaa awwww


     'Perjalananku' diteruskan untuk melihat pertarungan yang maha sengit ini. Lantas, kunampak...
 
 Puan Yatie Sawanila ngah 'dera' buah limau...ehehheeh


     Niat dihati nak bersembang lama tapi tak sheshuailaaa kan? Member ngah bz so sorak2 ala2 pom2 girls jer utk beliau.

Berkenalan juga ngan Mohd. Zaid dan bonda beliau, Aunty Zara Aluwi.
So sorry yea, aunty...pasal gambar neh ajer yang ada aunty anak-beranak...yang tak tito takder..huhuuu

     Dah sembang borak beramas mesra , barulah tau yang aunty neh pon blogger and a novelis as well. So cool lah jadik Mohd. Zaid and FirDaus neh... mak blogger...syok2!! Lupa plaks yang akak kita yang kat blakang macam ala2 nak tito tuh pon blogger gaks tapi den tak sempat nak interbiu beliau. Maybe Kak Ina bole help dalam mengecamkan beliau kots...ehehehheeh
 
     Korang nak tgk ker hidangan2 tuh semer? Aku taklehler nak zoom dekat2 pasal aku ibu sejati yang memang kener 24/7 dokong babynyer kan so redho ajerlaaa ngan apo gambau yg ado yor? Lagipon Abah ae kuar mencari sesuap nasi utk kuargo beliau, alhamdulillah!!
Meja pertama

Meja kedua
 
Jejuri
Lepas masak avokado, peserta diuji ngan kemahiran mencincang bawang..hiyaapppp!!! Belentung gelentang bunyi ae sampai tercederalah jari-jemari beberapa peserta. Bawang neh kalo sesapo makan mau naik siong neh...eii...bahyer2!!

     Dah keputusan diumumkan dan dah pon diketahui umum. Aku tak baper nak pasang tinger dah masa neh pasal Abang Imran dah ajak balik, Adik Iffah dah lena buat kali kedua dan perut aku tak baper nak ok. Before calooo, haruslah tutup juga ngan aktiviti 'harus'....

Nompang tuah ngan hadiah Mohd. Zaid. Hadiah yg Kak Ina KL n Aunty Zara menang tuh adalah atas usaha gigih melompat katak ke pentas dan menjawab soklan... den tak sempat nak lompat pasal ramai benau bodigad kat depan den....huuhuhuhuh

     Overally, memang happy dapat g memeriahkan event bloggers kali neh. Lenkali buatlah banyak2 kali kat Shah Alam yor? Insyaallah, gue datannnggggg...


Mama: Mama seronoklaa datang event neh. Adik rasa macam mana?

A.I     : Adik pon suka. Adik boleh tito n minum susu bila2 masa pon. Lenkali kita juin lagi yer, Mama?
 
Mama: Insyaallah! Kalo Abang n Adik perangai good2 macam neh bebila n memana pon Mama hangkut ok?


A.I n A.I: Yeeeyyy!!!






    






Friday, October 14, 2011

My Happiest Moment

     Definition of the title depends on individuals. Some might say it was graduation day. Other people would put when having first baby. There are so many things in our life to be put in happiest moment 'folder' until we don't know which one to select....lolz...Let us capture those individuals...

She thinks that it is so happy to be the newest member in the family.

     Perhaps, her big brother thinks losing his 'gigi susu' was happier when it was sharing with little sister...



The Mama thinks her happiest moment was cruising on a boat along with family and friends at Tasik Putrajaya....



  Until, the Mama thinks the happiest moment captured physically was....


 The Family Potrait

     To get members of the family gathering together like this is a long journey. When Abang was born,  Mama got opportunity to pursue studies in hometown. At the same time, Abah who just got terminated got an offer for a new job. So, Abang was born on 2/1/2005 (Sunday) and Abah had to report on 3/1/2005... After that, Abah only had chance to see Abang once a month only. And, it went on for a year. Easy said then doing it, Mama and Abah knew the feeling but have to remain calm and accept what Allah had written for three of them. 

     Soon, Abang grew up from a year to another and people around keep on asking Mama when to 'produce' little sister or brother to Abang. Those people didn't think of Mama's feeling when they said maybe Mama had taken 'planning' pills to avoid getting another baby. What they don't know was how hard for Mama to get pregnant due to hormone problem. Alhamdulillah! After 6 years of waiting (and almost giving-up), Allah send cute, little Adik Iffah to the family. 

      Other people having same colour theme for 'baju raya' each year but this family has to recycle their 'baju raya' except for Abang and Adik just to make ends meet. Wahh!! So pathetic but being a sour grape, Mama sees that as representing Olympus Happy Photography instead. Mama don't know which colour to chose but choice has been given and Mama choose^ please jump above ok...ehehhehehe

     Alright, enough of tear-falling session and you Nuffnangers please check out latest post in Nuffnang page to win new cool 'gadget' for hardcore bloggers just like me. Some sneak peek....





     If you are still not tempted, dunno what to say/write anymore lah....huhuhuhuhuuhuh






Wednesday, October 12, 2011

Minum Petang

     Dok umah neh senang rasa lapo. Sementelah dok kat bwh, dapo pon seinci jer dari idung; lagilah senang mendapatkan makanan. Cemana nak slim aih..alasan 

     Dok ber'bw', surely akan ralit punyos. Kalo masak aper2 n tunggu, bosan plaks. Baik sambung bw kan? Bila dah buat tuh, tak akan sedar masa berlalu. Inilah akibatnyer kalo dah asyik sesangat....

Naget ikan ala2 hangus n kopi 'o'... gandingan serasi..


JEMPUT MAKAN N MINUM!!

Monday, October 10, 2011

Cara-cara Nak Kenal...

     Aku neh memang 'hantu' segala macam bebuahan n sesayuran serta ulam2an. Kalo makan nasik takder sayo or ulam, makan rasa tak kenyang. Kalo dah tak kenyang, automatiklah nasik kener lebey kan? Which is not good. Lepas mkn, minum air gluugg...gluugg... pastuh perut rasa kembung n berat semacam. Tapi, kalo ader sayo mmg rasa perut agak selesa lepas mkn.
     Biasanyer, orang makan nasik or mknn berat dulu n makan buah sebagai pencuci molot kan? Sebenarnyer, kalo ikut sunnah Rasullullah swt, kener makan buah baru mkn nasik. Kiranya buah tuh treat as an appetiser bukan dessert. Penting utk percernaan.
     Pengalaman aku; dalam tahun lepas aku ala2 diserang gastrik. Wah! Baru aku tau cemana seksanya bila perut dh masuk angin n even dah mkn pon lepas tuh, angin tak maunyer kuar. Pastuh, g jmpa dokter, mcm biasa dier bagi susu magnesium tuh kan? Even x shedap, kener tahan minum gaks pasal dah sakit teruk sangat. Dan, aku dok gugle2 tenet, terjumpa pasal 'Diet Cara Rasullullah'.. cer korang gugle gaks, apa yang korang dapat? Then, aku cuba amalkan mkn buah baru mkn nasik. Alhamdulillah, 2 minggu perut aku takder sakit dan berangin lagik. Pasal tuh, selain kat umah, kalo g mkn umah org, aku sambau buah dulu baru mkn hidangan berat. Senang ajer kan?
     Dah alang2 cakap pasal buah, meh aku sharekan dua cara nak tau buah2an kegemaran kita tuh manis or masak tak.
1. Cara nak tau buah jambu seedless manis or tawar; korang kener tengok kulit dier. Kalo ijau pekat n nampak kering, confirm tawar or pahit serta tak juicy. Sebaliknyer, kalo jambu tuh kulitnyer putih and cerah; confirm shedap. Macam neh...

Nampak jelas tak??

Ini lagik jelas kots...

2. Kalo nak tau honeydew tuh manis ker tak; korang kener pastikan bau dier wangi n kulit dier kuning2 sket. Ala, kuning masaklaaa bukan kuning kener kunyit tuh yer? Biasanyer, kalo buah tuh elok, dok sebatu pon korang bole bau. Contoh honeydew tuh takder kat sini pasai dah lama aku x boli yang sebijik punyo. Just beli yang potong...eheheheh

     'Hope'nyer korang leh dapat manfaat dari entri 'sharing is caring' aku pada hari senin yang blues ini....heehhhehe

Saturday, October 8, 2011

Kek Coklat

     Today aku 'bersiaran' bersama budak tecik bulat. Nama dier Iffah Zukrina. Ikutilah perbualan ala-ala santai kitorang.


I.Z : Mama, gambar neh amek masa bila?

Aku: Owh! Ini tahun lepas. Kawan2 mama wat saprais yang tak baper saprais pon pasal dah tau...ahahahah

I.Z: Kek coklat neh nampak besh ah, Mama. Beli kat ner neh?

Aku: Ntahler, dik. Mama rasa kat 'Cake Sense' kots tengok pada rupa dier. Naper? Adik terliur ker?

I.Z: Kecur gaks air liur Adik neh, Mama. Sure chedap kan?..hikhikhikhi..

Aku: Aiii, Dik! Ko tuh tumbuh gigi pom belum, dah terlioq nk makan macam2 yea? Tapi memang sedap keknyer.Leftover depa suh Mama n Abah wat balik. Pastuh takder orang nak mkn sampai jadi kering cam beskot plaks.

I.Z : Ha'ah laaaa, Mama. Adik lupo yang Adik neh tecik lagik. Minggu depan baru masuk 2 bulan....hihihiihih

Sambutan bday berkembau ngan kwn. Eja nama aku shalah. Tisskkkk!!!

CEKIAN!!



Friday, October 7, 2011

Menu Wajib@Jusco Bandar Baru, Klang

     Last month baru g sini tapi takder acara makan2 (melainkan karipap yg dah diskaun beli kat seblah bakeri tuh). Masa bulan baper ntah mai gaks sini suping2 barang baby. Aku suker beli baju baby kat sini. Bukan yg new arrival pon tp yang 'ditambun2' tuh babs kata orang Klate. Baju berjenama macam Pigeon, Pureen, Tollyjoy n macam2 ngan rega rm10.90-rm14.90... murahlaa tuh kan? Nak pakai hari2... kain pon selesa....
     Tapi ini citer /gambar pasal makanan bukan kain baju, nok!!

Menu kat food court Jusco Bandar Baru Klang. Lupo namo eh.

Thursday, October 6, 2011

Menu Potong Jambul

Budak yang nak dicukur jambulnyer even tak nampak pon rambut dari depan neh.

Menu yang tak seberapa hasil air tangan my hub n BIL.  


     Orang lain buat majlis cukur jambul meriah bagai. Siap panggey orang semejit masjid lagik. Tapi, berlainan sket ngan majlis Dik Iffah neh. Bukannyer aper, pasal tok imamnyer bukan orang lain, BIL aku senirik. Memang ikut yang afdal sangat jer. Pastuh, jamuan tuh rejeki orang2 yang datang beraya pada hari raya kedua yang lepas, Eid 1432. Alhamdulillah!!

Tuesday, October 4, 2011

Lempeng Berisi

     Fhew! Solosai sudah kejer2 meng'import' gegambo dari memori kad ke external hard disk. Dah lamo boli even sebenarnyer yang neh dapat ganti rugi paseinyer yang asal tuh dah longgar port dier. *Citer tak besh.
     Asalnyer aku kunun2nyer nak watlah folder sesatu tapi memang tak terlayan dah. Banyak bebonar so pejam mata hentam masuk ajer semer dalam neh. Senang ati siket memori kad sudah kosong.
     Dah dok godek2 mender2 tuh semer, ternampaklah gegambau yang agak lama kan? Bole juger seketui dua buat modal hapdet. Korang tengokler date kat gegambau tuh so boleh tau baper lama gambau tuh terperap.
     Yang aku nak menunjuk share ngan korang neh, 1 desert yang dah glemer kat Jepun so dibawaknyer saper ntah ke Msia neh. Maybe ader antara korang yang dah rasa. Mendernyer biasa2 ajer dan bole dikatakan sebagai hasil inovasi sahaja bukan ciptaan or konsep terbaru. Kasi ubah siket ajer. Penah tengok mender neh?....

whoah! dah nak dekat setahun tuuhh...ehehehe. Ini cawangan 1Utama.

Neh dier punyo dummies.

     Secara ringkas, shimino neh lempeng yg diisi ngan pelbagai inti. Ader inti berkrim dan juga buah2an... Moh tengok lagikk..

   Korang pilih jeks nk inti yg mana. Aku lupa pilih yg mana.

     Reganyer mmg lebey siket. Yerler, franchise dari Jepun kan? Tapi, kenyang gaks pasal agak lebau juga lempengnyer. Aku share ngan Imran. Sesuai untuk blue 'sweet tooth' mcm aku neh.

Wednesday, September 28, 2011

Kahak?

     Time dok umah neh kener hapdet bebyk kali sesambil jaga budak tecik neh. Kalo tak 'restoran' neh bersawang bagai. Cemana earning nak bertambah kan?
     Minggu kedua or ketiga berpantang tuh aku diserang demam. Batuk2 n tekak berkahak. Seksa!! Pastuh Adik Iffah plaks kuat berjaga masa tuh so aduh...duh..ajer badan aku neh.
      Dah tak tahan sangat aku mintak hub belikan Mucinex. Yerler, dok galak iklan kat tv kan so why not try. Bila hub balik n bawak apa yg dipesan, buntang gaks mata coz tgk rega dier....

Jadiknyer sebijik baper? RM3-RM4 eks? Aku malas nak kira sgt.

     Kat blakang kotak macam2 description ado. Antaranya adalah 'ibu mengandung n menyusu sila dapatkan nasihat pakar..' tapi aku wat2 tak nampak ajer coz dah tak tahan dok terbatuk2. Adik Iffah neh sensitip bunyi even dah dibiasakan ngan macam2 bunyi bising. Dier tak tito mmg fenin faler aku n migraine pon menyeranglah.
     Katanyer lagik, takleh lebih 4 bijik dalam masa 24 jam. Aku makan sehari sebijik ajer n mender neh tahan 12 jam. 1st time makan, macam tak jalan jeks. Tapi aku tak terus tambahkan dos untuk hari yang sama. Aku try makan esoknyer plaks n lepas tuh alhamdulillah, tahanlaa siket batuk aku. Aku rasa mender neh tahankan selama 12 jam dari batuk ajer then lepas tuh batuk mai balik. Bukannyer dier ngubatilah, juz tahankan kejap. Ubat batuk kan? Nasib tak mantukkan ajer.
     Aku rasa bole rekemenlah ubat neh untuk korang terutama yang dah tak tahan batuk terkokol-kokol tuh. Juz jangan addicted udah. Lagi 1 ubat neh leh tahan busuknyer so sila jangan cium before telan...ehehehehhe



Saturday, September 24, 2011

Senang, Murah dan Lembut.

     Sekarang neh mender yang aku nak share makan ngan korang neh ngah hot beriklan kat talibesen. Memula aku 'kenal' mender neh masa tertengok ngan tak sengaja promo dier kat plastik2 roti mil penuh yang hub aku slalu beli. Now kan ker dok umah, so makan kat umah sajerlaa kekdahnyer yea? Dan masa tgk perkataan demi perkataan tuh, aku ingatkan roti neh bole dibuat waffle gaks. Yerler, katanyer,"Cubalah waffle yang segar ..bla..bla..." so mati2 ingatkan roti tuhlaa. Tataulah ada depa nk wat produk baru.
     Sehinggalah pada suatu hari, iklannyer kuor kat tv. Oho, inilah mendernyer.....


          3 perisa yang berjaya 'disambar' Cik Abe. Tuh pon 2-3 kedai gaks merondanyer. Tatau plaks ader bluberi n cinnamon tuh. Kat tv kata 3 ajer kan? 1 lagi x dapat iaitu banana.
     Rasanyer? Bole dibagi 4 bintang dari segi rasa mahupun harga. Kalo nak banding ngan yang biasa kita beli kat snack stall tuh kan? Yang tuh lom tentu rasa dier sesuai ngan selera kita. Dulu2 rasa macam sedap tapi now ada yang terlampau lembik or terlampau garing sampai hangit. Kalo yang neh rasanyer dah tetap kan?
     Fresh Egg tuh rasa biasa ajer, plain so sesuailaa kalo nak letak madu ker, jem ker or sirap. Makan macam tuh pon bole tapi bagi aku yang kuat 'perasa' neh memang kne letak 'teman'. Blueberry pon rasa tak kuat sangat coz konsep depa neh bukan perasa tuh dibuat inti tapi diadun dalam waffle tuh skali. Classic Cinnamon tuh beza sket rasanyer pasal lebey beraroma n manis. Sesuai untuk blue sweet tooth.
    So, sarapan waffle pagi neh?

Wednesday, September 7, 2011

Resepi Kerabu Pegaga

     Arineh aku nak try jadikan entri ini mcm n3 kat blog2 masakan. Biasernyer blog2 masakan yg ado resepi neh visitsnyer byk. Trafik mencanak2 tapi tataulah kalo aku bole mcm tuh gaks. Coba ajerlaa kan? Lom try jadinyer tatau. Dah try takperler. End result x kesohler.
     Sebelum aper2, tengok duluan gambo menunyer:

Kerabu Pegaga Versi Cik Abe Kawe

Bahan-bahannya ( untuk seorang makan )

Beberapa tangkai pegaga
Sebiji cili merah sederhana besar ( dibuang bijinya )
Seketul bunga kubis (saiz kecil)
2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Lada hitam (secukup rasa)
1 sudu jus limau atau lemon
Garam dan gula (secukup rasa)

Cara-cara menyediakan
1. Potong pegaga halus2. Ikut suka nak sehalus mana.

2. Potong juga cili masak dan bunga kubis.

3. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Nak halus kener tumbuk lama tapi kalo nak rasa 'raw' bhn2 neh, bole tumbuk sat saja nooo.....

4. Campur semua sayur dan ulam yg telah dipotong bersama bhn2 yg telah ditumbuk tadi.

5. Kemudian, masukkan jus limau, garam dan gula. 

Sedia utk dihidang dan di'ngappp' sayot!
'Kawan2' Kerabu Pegaga; nasik putih ngn ikan cencaru bako. Bon apetit!

     Haiyoh! Fonek juger eks taip resepi neh. Mmg x sheshuai ah ngan den....ehehehhehe

Monday, August 22, 2011

Menu Berpantang

     Arineh dah masuk hari kesepuluh aku berpantang. Rasa macam lama sangat. Cheh! Berlagaklaaa neh. Nanti cuti dah nak abeh baru terhegeh-hegeh nak berehat. Now dah rasa jemu laaa bagai...hehehehehe.
     Sebelum aku bersalin, cik abe aku dah janji nak jaga aku; terutama babs makan minum. Beliau tak sabar2 nak sediakan. Dah nak dekat due aku, beliau rajin 'menyelak2' info kat tenet neh. Kat blog orang cari resepi2 dan menu untuk wanita dalam pantang. Tapi yerlaaa, dah namanya pantang so menunya taklaa banyak sangat. Mainly pakai lada hitam, halia dan bawang putihlaaaa. 2-3 hari aku bersemangat makan tapi lepas tuh dah bahan2nya sama kan? So, selera jadi slow siket.
     Memula hub letak lada hitam tuh banyak2 sangat sampai lidah aku rasa pedar dan cirit-birit gaks. Then, aku mintak beliau kurangkan. Alhamdulillah, ok siket. Selera jadik ok balik.

Cik Abe ngah bz kat dapo.

Kasi kukus.


Kasi bukak. Campuran lobak putih, lobak merah dan brokoli. Bahan utama adalah ikan haruan.


Close- up ikan haruan. Ada nampak?


     Inilah biasanya menu aku hari2. Kalo tak kukus, sup. Dah lepas sup, bakar plaks. Memang kolesterol jahat takderlaa dalam tubuh macam neh kan? Biasanya hub aku akan tukar2 ikan lah. Haruan, selar, kerisi, tenggiri or ikan merah. Semer ikan isi putih. Ikan2 neh semer memang sedap kalo dikukus or dibuat sup. Tapi ikan selar akan lebey lazat dibakar. Letak garam kunyit ajer. Then, top-up ngan sup sayur. Done!
     Err.. lagi satu, sambal lada hitam jangan dilupa. Tumbuk lumat2 sampai jadik macam paste or macam inai yg nak dipakai kat jari tuh then campo garam. Done! Kalo sup sayo tersilap tawar siket, leh cover ngan sambal lada hitam neh. Very simple.
     Sampai biler eks aku nak makan macam neh? Kener sabo, utk kebaikan badan sendiri kan? ehehheheeh...

Tuesday, July 26, 2011

Dinner@The Big Mug, Uptown Seksyen 24, Shah Alam.


     Ok, menu kat atas tuh akan korang dapati di Rest. The Big Mug, Uptown Shah Alam. Kira jus buah gelas besarlaa neh. Kalo aku teringin nk minum jus buah lebey n mkn spageti, sinilah tujuan aku n famili. Kat sini ada masakan tomyam dan western. Biasanya, aku order western ah psl kalo tomyam aku suka kt tmpt lain.
     Spageti kat sini aku rasa besh n sedap n lazat. Pasal kuahnyer x masam mcm kt tmpt2 lain yg penah aku kunjungi. Daging pon byk, sat lagi korang tgk hidangan spagetinyer. Ini aku tunjuk minuman dan juga hiasan dalamannyerlah.




Hiasannyer gabungan tradisional dan western. Masakan plaks western n tomyam. Ala2 caca-marba siket kan? Waitress ngah bwk minuman kitorang.


air bajet suam 4 my hub, bandung 4 Imran n jus mangga utk aku....ehehehhe


Satar n otak2 pon ado. Satar tak shedap. Otak2 sedap.



The other part of the restaurant. Ada 2 bahagian so agak luas n selesa.



Mcm besh kan spageti dier? MMg besh pon. Moh try!!