Perjalanan Hidup Berdua

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

PENCINTA MAKANAN SEJATI

Friday, September 19, 2014

Makan Malam Di Pasta Express (Modern Western Cuisine), Seksyen 19, Shah Alam

     Wah, dah setahun! Gelakkan diri sendiri sudehla ya? haha.. Ini entri penaik semangat. Naik jangan turun.

     Beberapa bulan lepas, teringin nak makan pasta dan makanan barat. Pusing-pusing seksyen 19, ternampak restoran baru buka iaitu Pasta Ekspres. Terletaknya sederet dengan kedai dobi 24 jam Clean Pro.

     Melangkah je masuk, mata terpukau dek banyaknya menu. "Hebat juga restoran ni. Bila masa bukak pun tak perasan," aku mengomel sendiri. 

     Malam tu kami pesan pasta. Makanan Itali kan pasta tu?Betullah, barat juga kan? hihi..


Nak makan pun kena 'study' dulu. Akhirnya aku pesan ini..


Fettuchine Carbonara.

     Rasanya sedap seperti pasta biasa yang pernah aku makan. Kira cukup2 jer rasa dia. Jadi, kejap jer lesap dalam perut aku. Lupa nak 'snap' gambo menu Abe Zam. Aku rasa beliau makan Lamb Chop. Sedap juga. Depa guna perasa asli kots pasal ianya cukup2 jer. Tak terlebih, tak terkurang. Jadi pinggan kami memang senang staf depa nak basuh malam tu. Licin! Yang bagus, budak2 dapat makan percuma. Depa bukan makan banyak pun kan?



Iffah Zukrina dan Imran Zamir makan Fettuchine Bolognaise. Tak habis pun. Mungkin pasal depa dah kenyang atau tak sesuai selera. Tengok minuman Imran. Faktor dia tak habis makan juga tu.



Itu minuman panas aku. Lupa plaks teh 0 apa. Tapi jadi teh hijau plaks malam tu. Pencuci mulut adalah 'creme brulae'. Pertama kali aku cuba. Oh, puding telur! Boleh dikatakan puding telur pasal bahan asalnya putih telur kan? Lepas tu tabur gula, kasi bakar. Jadi  karamel. Wallah! Sedap. Puding 'panna cota' pun ada. Ingat lain kali nak cuba tapi belum ada rejeki.

     Pasta Express ni banyak juga cawangannya. Dekat Bandar Kinrara Puchong pun ada. Ini alamat di Seksyen 19. Ini pula FB depa. Terima kasih, Cik Tan dan Cik As sudi rekemen.

4 comments:

akmaomar said...

Creme brulee tu nmpk menarik...fuhh lama tak makan..utk budak free ke wahh best tu atau utk early opening je?

akubiomed said...

Menu western. Selalunya order steak sahaja yang lain tak reti hendak dipilih. :-)

Ezad Skytech said...

wahhh...nampak sedap...sy ni da la penggemar apa jenis pasta pun kak...bagi je...confirm licin pinggan..hee

zulkiflims said...

Kemunculan sebuah restauran masakan barat yang mengutamakan makanan sihat dan pasta
terletak di

FOODJAM

No 35, jln BRP 1/4,

Bukit Rahman Putra.

40160 Sg Buloh.Selangor

Banyak restauran barat kat area kl ni..semua menghidangkan menu-menu menarik dan sedap!

tapi 'foodjam'' bukan setakat menu-menu yang menarik dan sedap tetapi mementingkan hidangan yang sihat.
Jadi kepada yang mementingkan diet pemakanan yang baik chef obie rekemenkan
korang datanglah ke restaurant foodjam ni.
memang berbaloi dan puas hati!

bukan main cakap aje tau... harga dalam menu foodjam ni bermula RM4.00 bukan air tau..makanan ..hidangan...
pelbagai hidangan pasta bersama salmon grill , chicken grill, beef grill, prawn grill , original mash potato..tak guna instant product tau!
Yang paling Istimewa.. setiap hidangan Foodjam ni..akan diberi Sos Foodjam yang istimewa!
marvellous bro rasenye!

pasta RM6 aje...murah bro...

Insyallah dijamin berkualiti dan sedap serta murah harga. Jom CUBA!!!!!!!