Perjalanan Hidup Berdua

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

PENCINTA MAKANAN SEJATI

Wednesday, October 10, 2012

Berbuka Puasa di Restoran Songket

     *Entri yang sudah basi* Pada hari Sabtu, 11 Ogos.. aku mendapat jemputan berbuka puasa di sini. Jemputan adalah dari OpenRice Malaysia. Jadi aku menghangkut semua isi rumahku.

 Terima kasih kerana menjemput.

 Sampai jugak gua kat sini. Dulu tgk kat tv dan  baca orang yg tulis 'review' ajer.

Sedikit info.

     Sampai saja kat sini, jumpa plaks ngan bloggers Hazman Fadzil dan...


Nadot Yusof yang duduk pon bertentang mata ngan 'dude' beliau. Bertudung n berbaju merah adalah Sheila yang hadir bersama tunang.

     Ini plaks menu berat yang aku makan...

Gulai Lemak Putih Terung, Ketam Masak Merah, Ikan Masak Lemak Cili Padi Mangga dan Daging Masak Kicap. Papadom musti ado. Masak lemak mangga tuh memang aku suka. Membangkit selera. Yang lelain biasa2 ajer...

Sup Rusuk. Rasa sup memang sedap tapi gua takot nak makan yang putih2 tuh. Lemak ker urat eks? Tak dan nak belek2 arituh...

Pencuci mulut yang jadi 'appetizer/starter' aku

Hidangan sampingan yang ku tak sempat amek..

Bandung, Sarsi Tanpa Karbonat, Oren dan Laici.

Haruslahh..

Dua orang Zamri yang mempunyai minat yang sama dan tahun lahir yang sama. Bezanya yang belah kanan adalah chef bertauliah dan tuan punya restoran ini...heheheh

     Secara keseluruhannya, memang seronok dan puas hati makan kat sini. Pilihan makanan macam-macam, ada persembahan kebudayaan dan juga suasana yang selesa dan sejuk membuatkan kita nak lepak lelama. Dekorasinya memang cantik dan unik. Nak tengok meh jenguk album neh. Tapi, ada juga yang tak besh. Kalao nak tau, tanya aku kat fb...hihihiih

Dah kenyang. Jomm pulang...

Sunday, August 5, 2012

Puding Trifle

Aku mmg suka puding. Tapi puding yg 1 ini payah nak jumpa kat kedai. Mungkin pasal ia pakai byk bahan jd kosnya agak byk. Kang jual mahal2 orang tanak beli kan? Jadinya aku beranikan diri untuk buat puding ini. Lepas hantar Abang Imran ke Global Art, aku ajak Abah ke Giant Kemuning Utama. Kena nekad neh..
Kek swiss roll,tepung kastard, bebuah campur, jeli berperisa anggur dan susu segar.
Tengah menunggu nak masukkan jeli. Kubuat 4 bekas; 2 utk sendiri, 1 utk pengasuh bebudak neh n 1 utk cikgu Imran. Bekas kaserol tuh dari Indon. RM5.99. Bpe lama bertahan ku tak tahu.
Dah nak dimasukkan ke dalam peti ais. Tak sabo nak mkn. Dah makan, kastard tak menjadi. Rasa macam bertepung. Maybe psl tepungnya byk sgt n susu sikit. Yg lain ok. Yerler yg lain main campo2 ajer kan? Harap2 jiran2ku tak sakit perut.. Huhu.. Give up sungguh..

Thursday, August 2, 2012

Berbuka Puasa Bersama Denaihati di Shah Alam

     Tidak kusangka, tidak kuduga. Ada juga rejeki aku nak berjumpa blogger otai ini dalam masa terdekat. Masa berbuka puasa hari Isnin di Cititel Midvalley, ku tak berkesempatan. Kali ini siap mai 1 famili.
     Semalam bertempat di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam; Tuan Haji Denaihati sekali lagi bermurah hati berkongsi rejeki beliau ngan bloggers. Tengokler 'tagline' beliau kan? 'Hidup Untuk Memberi'... jadi aku menerimalah...hihihi
     
 My appetizer.

 Kerabu or orang kampung aku panggey 'salad'. Ku amek kerabu sotong n apertah.Bole diterima tekak.

 Kekuih pon banyak. Ku suka. Kuih raya pon ado.

 Makanan utamaku. Gulai lemak cili api telur itik, daging masak merah, kerabu sotong, kerabu telur, sambal belacan..bla..bla...fenat weh nyebutnya.

Buffet 'Iftar Gema Ramadhan' dari Kumpulan Segi Seri. Dewasa RM45, warga emas RM30 dan kanak2 RM20. Berbaloi pasal banyak pilihan. Hari2 tukar menu.

 Ado band. Bukan lagu tradisional tapi semer lagu depa bole persembahkan.

 Kami yang hadir.. Jejaka berbaju 'fink', ustaz 'Ramlee', budak perempuan pakai skaf bunga2, jejaka berbaju hitam yang ditaja oleh DH dan keluarga memasing. Dapat juga berkenalan ngan Puan DH.

Terima kasih, Tuan Haji Denaihati. Lain kali jumpa lagi, insyaallah!

Tuesday, July 31, 2012

Berbuka Puasa di MonRods Seksyen 20, Shah Alam

     Minggu kedua puasa, hari Sabtu. Nak cuba plaks buffet kat restoran yang memang biasa dikunjungi tapi dah agak lama tak menjengah. Cemana tuh?..ahahahha
     Buffet Ramadhan kat sini memang murah; RM18 dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak. A'la carte pon ada. Menu adalah Melayu, fusion dan Western.

 Dapat tempat duduk canteekkkk! Tapi, memana 'seat' kat sini memang besh dan selesa.

2 dari 3 variasi minuman. Teh tarik memang pekat tapi sedikit manis. Gua 'top-up' ngan air suam. Air suam adalah 'perfect', bukan panas atau air batu campur air panas. Air kordial tuh rasanya macam Sunquick Tropical. Pun sodap. Sedang2 sejuk dan manisnya tak terlebey. Keep it up!

 Sudut buffet. Tengokler lelampu dan bekas nasi itu. Menarik perhatianku.

Lelauk adalah ikan bawal masak kicap (sedap), tauhu macam masak ala cina (sedap. tauhu lembut tapi bukan kegemaran den), daging macam masak paprik (terbaekk pasal lembut dagingnya. syabas, chef pasal dah tau cara nak lembutkan daging..eheheheh). Ada lagi lauk yang aku tak sempat amek. Takot membazir weh macam keluarga kat belakang meja kitorang.  

Puas hati dengan 3 jenis buah-buahan yang dihidangkan terutama tembikai. Manis dan segar. Ada tembikai susu dan betik juga. Tapi, bubur kacang macam tak menjadi sangat. Berbau hangit tapi tak berapa nak empuk kacangnya. Pastuh, kurang kuah. Harap sangat chef dan staf perbaiki  yang ini. Buat bubur kena selalu kacau terutama lepas ia menggelegak. Takut2 hangit kat bawah. Aku taulaa sikit2 petua memasak hokeh..hahahah

Bebudak berdua neh tidak termasuk dalam menu. Saja nak tunjuk yang Si Iffah memang senang dapat kawan. Pastuh dok berjalan sambil mulut bising2 sampai tak hengat situasi.

 Dah kenyang boleh terus solat. Kalau nasib baik, dapat berjemaah.

     Secara keseluruhan, memang berbaloi buka puasa di sini dengan harga yang ditawarkan. Tempat adalah selesa, boleh lepak lelama dengan keluarga dan kawan2. Ada 'band' bernama 'Sweet Melody' lagi yea. Boleh berkaraoke. Kalau tak silap, 1 lagu RM2. Monrods neh memang dari masa ke semasa akan menambah menu makanan depa. Sebelum neh ada pau dan terbaru ada kek aiskrim yang nampak sedap dan harganya berpatutan. Aku tak bley cuba hari ini pasal perut dah penuh. Lain kali, insyaallah. Kalau korang nak buat majlis2 perjumpaan semula atau reunion, sambutan hari jadi dan ulang tahun pun boleh. Jangan tak percaya, majlis resepsi perkahwinan pon boleh yea? Korang boleh maklumkan aku untuk maklumat lanjut atau add fb dan pm depa..

Sunday, July 29, 2012

Tekak Italiano

Dinihari ini adalah sahur kedua tanpa nasi. Chef kat umah neh dh takleh nk telan nasi katanya. Semlm menu kuetiew goreng basah. Hari ini..
Makaroni karbonara n teh o suam utkku.. Selamat bersahur n berpuasa..

Tuesday, July 24, 2012

Berbuka Puasa di Saba, Cyberjaya

     Sebelum neh Cik Abe dok cerita2 ajer, ada rejeki pada 1 Ramadhan lepas, berkesempatan berbuka puasa di sini. Pernah rasa 'lamb kabsah' yang ditapau rakanku dan tekak berkata 'sangat sedap' dan hati meronta2 nak makan lagi...hihihiih
     Tak berkesempatan nak 'snap' gambo restoran dari depan so dari tepi pon jadilah yea?...
 Bangunan kat Cyberjaya neh memang cantik2 kan?

 2-2 gembira.. abaikan Abang yang masih penat menghayati puasanya itu...


Bukak hari2 yea?

     Buffet depa RM35/pax n free untuk kekanak bwh 12 tahun kalo tak silap. Gedebuk gedebak RM80 laaa hangus. Sekali setahun kan?

 Sistem kat sini 'sentuh dan bayar'. Kalao 'sentuh dan pergi', siap sedialah untuk dipelangkung..

 Dari kiri: kurma, samosa daging kering n 'baklava' iaitu 'dessert' depa kots. Mender manis memanglah pujaan hatiku. 'Baklava' tuh ado kacang pistachio (yang hijau2 tuh) dan rasa manis yang aku tatau dari sumber apa tapi bukan gula.Samosa pon sodap.

Vimto dan Milo. Pekat pasal depa isi ais siap2 then kita pilih air dan isi sendiri kat dalam gelas berais tadi. Jadi, takderlaaa air kita cair sebelum dinikmati kan? Teknik yang baik.

Roti pita dan salad Arab. Segarrrr!!

 Pilihan qolbu, 'lamb kabsah'. Walaupun tebal, sentuh ngan jari pon boleh terlerai. Kelassss!! 

     Tetiba aku rasa malu/segan plaks nak 'snap' gambo nasik yang gebu gebashhh tuh. Boleh?? Tapi, nasinya memang terbaik. Makan macam tuh ajer pon layan. Ada gaks 'spiral pasta' yang macam dimasak kari.Errr... macam tak kena ajer kan? Tekak aku pon takbley terima.
     Keseluruhannya, puas hati makan. Makanan memang sedap. Yang tak baper besh adalah tempat duduk ala2 biasa macam kedai tomyam dan kebersihannya. Kalau nak duduk kat kerusi empuk, kena makan order kat bahagian depan. Errr...Ada ker tempat makan di Malaysia yang bersih?....ahahahahha

Tuesday, June 5, 2012

Teh O Epal

Boring2 minum teh kosong, cuba nak pelbagaikan siket. Mau kasi perisa. Biasa org balik Cameron or Sabah or Indon bwk balik macam2 perisa teh kan? Strawberilah, blackcurrentlah etc. Hari neh gua nak rerajin bereksperimen sket. Sementelah ada epal hijau dlm peti. Bancuh teh o then potong epal kecik2. Pastuh ramas2kan isi epal tuh kat dlm air teh. Then, letakkannya dalam peti ais untuk sensasi sejuk dingin.. Hihi..

Monday, May 14, 2012

Buka Puasa kat Sambal de Lesung, Seksyen 15, Shah Alam

Saja nak menerai kat sini. Katanya masakan autentik pantai timur. Tapi ada ker nasik kerabu? Pagi kots ader. Aku g masa nk buka posa. Ngah gigih mengganti setiap hari minggu.






Ini bukan sambal lagi. Cili anak gergasi..haha. Macam2lah lesung ada. Tapi macam lesung somtam or lesung siam semernyer.



Muka orang lapau ngah tunggu azan.



Ini yg den makan. Nasi kukus ayam berempah. Not bad.

Yang istimewa adalah ini.. Kegemaran aku n cik abe..


Korang suker gaks? Sup belut neh sodap kalau yg memasaknya pandai. Biasanya masam ajer. Yang ini boleler. Belut neh senang makannyer pasal takder tulang kecik. Yang ader tulang belakang cabang 3.. Cemana tuh? Haha.. Kener rasa senirik.


Lawo kan lampunya..

Rasanya ini kali pertama n terakhir mai sini pasal reganya mahal. Mkn nasi kukus ayam berempah, nasi putih+sup belut, kopi jantan, tembikai laici n teh tarik RM27. Mahal kan? Jus buah dier tulis RM3.50 tetiba jadik RM4.. Magik2

posted from Bloggeroid

Friday, May 4, 2012

Makan Burger Besar Juga

Sekarang neh tgh popular burger bakarlaa. Burger gergasi Yazidlaa.. Citer burger ajer now. Mekdi plaks dah lama sediakan menu 'double' bahkan 'triple' depa. Huh! Mentekedarah haper..

Semalam, hub aku cakap; gerai burger yang kitorang dok biasa beli tuh ada tambah menu baru. Lupa plaks nama rasminya tapi ditulis kat 'bunting' tuh, 'daging lebih tebal'. Sebijik berharga RM5. Jadinya mlm tadi trylah..



Mmg tebal dagingnya. Puas makan. Share ngan cik abe.

Dekat 'Iqa Burger' Tmn. Sri Muda neh macam2 burger ada. Arnab, kambing dan arituh ada rusa. Cepat pon cepat. Sedapvpon yer. Paling besh, reganya murah dari tempat2 lain. Lupa nak snap gambo gerai.

posted from Bloggeroid

Tuesday, May 1, 2012

Minum Petang Di Papa Rich, Seksyen 7 Shah Alam

Sebelum neh, g Seksyen 7 tak teringat pon nak masuk area belakang2 Jakel tuh. Today trylah masuk sementelah nak g jenguk2 kedai kwn.
Terjumpa pula kedai barangan bayi tapi menda yang dicari habeh stok pula. So, ngabehkan duit beli menda lain lor.. Huhu
Ternampak Papa Rich. Teringin nak rasa so kitorang pon terjahler.


Mee udang. RM9.90. Patut rega lebih. 'Portion' beso. Memang sudahnya tak abeh. Bole 2 orang makan.


Cik Abe punyo mee goreng mamak. Rega mcm mee udang kots. Rasa agak kureng kata lidah hub aku. Bagi aku agak sedap pasal ada rasa manis siket.. Hihihi



Hiasan dalaman. Ilang plaks gambo air. Huh!


Kat sebelah ado Rest. Hj. Sharin Low. Full house uuu..

Time bayo, leh tahan reganya; RM37.++.. Ok, kopak..

posted from Bloggeroid