Perjalanan Hidup Berdua

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

PENCINTA MAKANAN SEJATI

Tuesday, July 24, 2012

Berbuka Puasa di Saba, Cyberjaya

     Sebelum neh Cik Abe dok cerita2 ajer, ada rejeki pada 1 Ramadhan lepas, berkesempatan berbuka puasa di sini. Pernah rasa 'lamb kabsah' yang ditapau rakanku dan tekak berkata 'sangat sedap' dan hati meronta2 nak makan lagi...hihihiih
     Tak berkesempatan nak 'snap' gambo restoran dari depan so dari tepi pon jadilah yea?...
 Bangunan kat Cyberjaya neh memang cantik2 kan?

 2-2 gembira.. abaikan Abang yang masih penat menghayati puasanya itu...


Bukak hari2 yea?

     Buffet depa RM35/pax n free untuk kekanak bwh 12 tahun kalo tak silap. Gedebuk gedebak RM80 laaa hangus. Sekali setahun kan?

 Sistem kat sini 'sentuh dan bayar'. Kalao 'sentuh dan pergi', siap sedialah untuk dipelangkung..

 Dari kiri: kurma, samosa daging kering n 'baklava' iaitu 'dessert' depa kots. Mender manis memanglah pujaan hatiku. 'Baklava' tuh ado kacang pistachio (yang hijau2 tuh) dan rasa manis yang aku tatau dari sumber apa tapi bukan gula.Samosa pon sodap.

Vimto dan Milo. Pekat pasal depa isi ais siap2 then kita pilih air dan isi sendiri kat dalam gelas berais tadi. Jadi, takderlaaa air kita cair sebelum dinikmati kan? Teknik yang baik.

Roti pita dan salad Arab. Segarrrr!!

 Pilihan qolbu, 'lamb kabsah'. Walaupun tebal, sentuh ngan jari pon boleh terlerai. Kelassss!! 

     Tetiba aku rasa malu/segan plaks nak 'snap' gambo nasik yang gebu gebashhh tuh. Boleh?? Tapi, nasinya memang terbaik. Makan macam tuh ajer pon layan. Ada gaks 'spiral pasta' yang macam dimasak kari.Errr... macam tak kena ajer kan? Tekak aku pon takbley terima.
     Keseluruhannya, puas hati makan. Makanan memang sedap. Yang tak baper besh adalah tempat duduk ala2 biasa macam kedai tomyam dan kebersihannya. Kalau nak duduk kat kerusi empuk, kena makan order kat bahagian depan. Errr...Ada ker tempat makan di Malaysia yang bersih?....ahahahahha

4 comments:

Kakcik Seroja said...

Suka tengok senyuman Adik Iffah. Happy je dia. :)

hazman aka species1980 said...

Memang kenyang perut kan kalau makan kat SABA nie....sedapppp

Eliss said...

ni memang tempat fav kami to the max...arghhh tidak :(

Darling Pya said...

dah lama aku tak ke Saba nie
lepas balik umrah aritu tetiba rasa muak dengan makanan arab :)