Perjalanan Hidup Berdua

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

PENCINTA MAKANAN SEJATI

Monday, November 3, 2014

Makan Burger Bakar di Laqsana

Asalnya kami ke Ken Rimba, Seksyen 16, Shah Alam mencari kafe lain. Tapi, dah lambat sikit dan kami melangkaui waktu operasi kafe terbabit. Alternatifnya, kami ternampak sebuah kafe lain yang menarik juga. Tak salah mencuba jadi kami pun buat keputusan untuk makan malam di sana.



Kafe Laqsana, Ken Rimba, Seksyen 16, Shah Alam. Jalan Padang Jawa nak ke Sungai Rasau atau jalan lama nak ke Klang yang tak ikut plaza tol. Gambar gelap pasal papan tanda kedai yang bercahaya belum siap kots. Pakai kain rentang lagi.

Sebenarnya, ini kunjungan kami yang kedua. Kali pertama menu burger habis dan aku tak dapat nak 'snap' gambar jadi memang berhajat nak buat kunjungan lagi lepas tu. Alhamdulillah, tercapai hajat. Mari kita cuba burger bakarnya.





Aku punya menu. Roti burger warna hijau. Buat sendiri kots. Aku pilih daging dengan sos cili Thai. Sosnya ada 4 pilihan. Lagi 3 adalah lada hitam, kuah sate dan cendawan kalau tak silap. Lepas tu 'patti' burger kita boleh pilih 'single', 'double' atau 'triple'. Aku pilih 'single' dan tambah RM3 untuk kentang goreng dan teh '0' ais. Mayonis kaler biru yu..




Kami semua minum teh 'o' ais. Kole cantik kan?

Abe Zam pesan nasi dengan ayam gril. Bukan nasi putih tapi macam nasi planta atau nasi goreng cina. Ada 'coleslaw', bebola daging 4 ketul dan kentang goreng. Meriah gaks. Gambo tak sempat 'snap' gaks.. Huhu.

Imran Zamir pula pesan sup cendawan je. Dia baru lepas makan nasi tengahari punya belah petang. Sup krim cendawannya buatan sendiri dan agak pekat. Sedap juga. Tapi tak ada roti plaks. Terkedua pula Imran bila makanan sampai sebab dia dah biasa ada sup, ada roti.

Sedap ke makanan kat sini? Setakat menu yg kami makan ni, kami boleh simpulkan yang rasanya boleh tahan sedap. Boleh bagi markah 6/10. 'Patti' burgernya tak kering dan herba dan perasa yang digunakan tidak keterlaluan. Aku juga suka dengan pilihan sosnya. Ada variasi gitu bukan hanya sos biasa. Sebelum ni, aku makan spgheti carbonara dan ada ayam salut 'breadcrumb' tu. Kenyang sungguh. Selain menu di atas, ada juga lasagna dan ais-krim sebagai pencuci mulut.

Tapi kata Abe Zam, ayam grilnya boleh diperbaiki lagi kerana agak kenyal. Budak2 susah nak makan. Harga plaks boleh dikatakan murah dan tak rabak poket sangat.

Yang paling best, susun atur dan hiasan dalaman kafe berunsur seni sangat santai dan lain dari yang lain. Penggunaan kayu terbuang untuk hiasan sangat bertepatan dengan konsep mesra alam yang semakin popular dan digalakkan oleh kerajaan akhir-akhir ini.

Jadi, bila korang plaks nak makan di Laqsana Kafe?
posted from Bloggeroid

Wednesday, September 24, 2014

Food Review di Restoran Bisik Bisik, Seksyen 7, Shah Alam

     Jumaat lepas, kami mendapat jemputan untuk merasa makanan di Restoran Bisik Bisik. Rasanya orang-orang Shah Alam dan kawasan sekitar sudah biasa dengan restoran ini. Lepas tu, 'sebaran' mulut ke mulut tu lagi berkuasa sehingga media massa dah pun buat liputan. Salah satunya adalah Jalan Jalan Cari Makan.

     Menu apa yang ada kat RBB ni? Menu dari Johor. Yang istimewa dan selalu diperkatakan adalah mi bandung udang galah. amek gambar dulu buat santapan mata..haha




     Kat sini banyak pilihan mi rebus. Selain udang, ada juga mi rebus gear box dan ketam. Meh tengok yg gear box plaks.


Sedut oi jangan tak sedut

     Aku ni kalau masakan Johor, yang utama aku pilih adalah asam pedaslah. Kali ini tuan kedai belanja asam pedas ikan jenahak dan ikan patin. Dalam gambo kat bawah ni asam pedas ikan jenahak. Terbaik!


Aku hirup kedua-dua kuah sampai licin. Baru betul hantu asam podeh.

     Lepas tu, aku pilih pula laksa Johor. 


Aku ni suka masin. Aku rasa kuah dia kurang garam sikit. Tapi, untuk korang dah tak suka perasa banyak, dah cukup rasa dia. Licin juga ni. hahaha..

     Makanan terakhir yang kami tunggu2 adalah ini…


Kacang pool dan roti bakarlah apa lagi.

     Bagi aku yang pertama kali rasa ni, aku boleh terima. Sedap. Ada rasa rempah2 sikit tapi tak kuat sangat. Nak bagi masam sikit, perah asam limau yang memang disediakan. Ini antara pencicah yang sedap. Kami pesan untuk makan di sana dua set. Tapau lagi plaks. Mana nak dapat lagi kan?

     Minuman yang ada macam biasa. Yang menarik minat kami adalah yang berdua ni..


Yang belah kiri tu korang mesti kenal air apa. Di Restoran Bisik Bisik ni, ia digelar Air Kathira JDT. Bandung soda pula yang belah kanan tu. Aku punya tau?


Ini plaks air jagung. Nak jadi pencuci mulut pun boleh juga. Lain kali aku nak pesan minuman ni plaks.

     Dah kenyang makan minum, meh tengok menu lagi sekali untuk info lanjut..



     Paling akhir dan seronok, macam biasa gambar berkumpulanlah..


Dari kiri cepat jalan adalah Nooraini Zubir, Hanny Abdullah, Nur Misnan, tiga tonggak utama restoran iaitu Aien dan Nurhaliza rakan kongsi Nurhaliza yang bertudung hijau aku lupa nak tnya nama. huhu Akuzle Ayu, Cheq Eem dan suami beliau Eshamz Halim. Gegambo gojes ni semua ihsan bidikan Eshamz lah. Yang snap gambo ni Mohd Azahari Mohd Roslan. Angpa kalau nak jemput kami 'review' makan2 lagi boleh pm salah seorang dari kami kat FB. Taip je nama kami. Bereh? Alhamdulillah. Terima kasih buat team Restoran Bisik Bisik Seksyen 7 atas layanan yang diberikan. Kami nak datang bawa keluarga pula lepas ni.


     

Friday, September 19, 2014

Makan Malam Di Pasta Express (Modern Western Cuisine), Seksyen 19, Shah Alam

     Wah, dah setahun! Gelakkan diri sendiri sudehla ya? haha.. Ini entri penaik semangat. Naik jangan turun.

     Beberapa bulan lepas, teringin nak makan pasta dan makanan barat. Pusing-pusing seksyen 19, ternampak restoran baru buka iaitu Pasta Ekspres. Terletaknya sederet dengan kedai dobi 24 jam Clean Pro.

     Melangkah je masuk, mata terpukau dek banyaknya menu. "Hebat juga restoran ni. Bila masa bukak pun tak perasan," aku mengomel sendiri. 

     Malam tu kami pesan pasta. Makanan Itali kan pasta tu?Betullah, barat juga kan? hihi..


Nak makan pun kena 'study' dulu. Akhirnya aku pesan ini..


Fettuchine Carbonara.

     Rasanya sedap seperti pasta biasa yang pernah aku makan. Kira cukup2 jer rasa dia. Jadi, kejap jer lesap dalam perut aku. Lupa nak 'snap' gambo menu Abe Zam. Aku rasa beliau makan Lamb Chop. Sedap juga. Depa guna perasa asli kots pasal ianya cukup2 jer. Tak terlebih, tak terkurang. Jadi pinggan kami memang senang staf depa nak basuh malam tu. Licin! Yang bagus, budak2 dapat makan percuma. Depa bukan makan banyak pun kan?



Iffah Zukrina dan Imran Zamir makan Fettuchine Bolognaise. Tak habis pun. Mungkin pasal depa dah kenyang atau tak sesuai selera. Tengok minuman Imran. Faktor dia tak habis makan juga tu.



Itu minuman panas aku. Lupa plaks teh 0 apa. Tapi jadi teh hijau plaks malam tu. Pencuci mulut adalah 'creme brulae'. Pertama kali aku cuba. Oh, puding telur! Boleh dikatakan puding telur pasal bahan asalnya putih telur kan? Lepas tu tabur gula, kasi bakar. Jadi  karamel. Wallah! Sedap. Puding 'panna cota' pun ada. Ingat lain kali nak cuba tapi belum ada rejeki.

     Pasta Express ni banyak juga cawangannya. Dekat Bandar Kinrara Puchong pun ada. Ini alamat di Seksyen 19. Ini pula FB depa. Terima kasih, Cik Tan dan Cik As sudi rekemen.