Perjalanan Hidup Berdua

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

PENCINTA MAKANAN SEJATI

Tuesday, July 31, 2012

Berbuka Puasa di MonRods Seksyen 20, Shah Alam

     Minggu kedua puasa, hari Sabtu. Nak cuba plaks buffet kat restoran yang memang biasa dikunjungi tapi dah agak lama tak menjengah. Cemana tuh?..ahahahha
     Buffet Ramadhan kat sini memang murah; RM18 dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak. A'la carte pon ada. Menu adalah Melayu, fusion dan Western.

 Dapat tempat duduk canteekkkk! Tapi, memana 'seat' kat sini memang besh dan selesa.

2 dari 3 variasi minuman. Teh tarik memang pekat tapi sedikit manis. Gua 'top-up' ngan air suam. Air suam adalah 'perfect', bukan panas atau air batu campur air panas. Air kordial tuh rasanya macam Sunquick Tropical. Pun sodap. Sedang2 sejuk dan manisnya tak terlebey. Keep it up!

 Sudut buffet. Tengokler lelampu dan bekas nasi itu. Menarik perhatianku.

Lelauk adalah ikan bawal masak kicap (sedap), tauhu macam masak ala cina (sedap. tauhu lembut tapi bukan kegemaran den), daging macam masak paprik (terbaekk pasal lembut dagingnya. syabas, chef pasal dah tau cara nak lembutkan daging..eheheheh). Ada lagi lauk yang aku tak sempat amek. Takot membazir weh macam keluarga kat belakang meja kitorang.  

Puas hati dengan 3 jenis buah-buahan yang dihidangkan terutama tembikai. Manis dan segar. Ada tembikai susu dan betik juga. Tapi, bubur kacang macam tak menjadi sangat. Berbau hangit tapi tak berapa nak empuk kacangnya. Pastuh, kurang kuah. Harap sangat chef dan staf perbaiki  yang ini. Buat bubur kena selalu kacau terutama lepas ia menggelegak. Takut2 hangit kat bawah. Aku taulaa sikit2 petua memasak hokeh..hahahah

Bebudak berdua neh tidak termasuk dalam menu. Saja nak tunjuk yang Si Iffah memang senang dapat kawan. Pastuh dok berjalan sambil mulut bising2 sampai tak hengat situasi.

 Dah kenyang boleh terus solat. Kalau nasib baik, dapat berjemaah.

     Secara keseluruhan, memang berbaloi buka puasa di sini dengan harga yang ditawarkan. Tempat adalah selesa, boleh lepak lelama dengan keluarga dan kawan2. Ada 'band' bernama 'Sweet Melody' lagi yea. Boleh berkaraoke. Kalau tak silap, 1 lagu RM2. Monrods neh memang dari masa ke semasa akan menambah menu makanan depa. Sebelum neh ada pau dan terbaru ada kek aiskrim yang nampak sedap dan harganya berpatutan. Aku tak bley cuba hari ini pasal perut dah penuh. Lain kali, insyaallah. Kalau korang nak buat majlis2 perjumpaan semula atau reunion, sambutan hari jadi dan ulang tahun pun boleh. Jangan tak percaya, majlis resepsi perkahwinan pon boleh yea? Korang boleh maklumkan aku untuk maklumat lanjut atau add fb dan pm depa..

3 comments:

Darling Pya said...

acu suka nasi ayam monrods nie

Papa-NtiQ said...

hi...mondrods belum penah pegi lagi tapi yg kat sebelah dia tu mr steak house dah pegi beberapa kali.
format blog kite sama...cakap pasal makan jer hehe..
senang2 tu singgah la yer blog saya di www.blogmakanbest.blogspot.com topik makan makan dan makan 100% takde topik lain
jangan lupa register follow blog saya ok TQ TQ TQ

Amim Blog said...

wow bestnya. buffet kan ?
Ni kat area shah alam belah mane ya ?
Teringin nak pegi