Perjalanan Hidup Berdua

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

PENCINTA MAKANAN SEJATI

Friday, December 3, 2010

Jom Sokong Pengusaha Makanan Tegar Kita

     Selama lebih kurang tiga tahun aku n the famili bermastautin di Padang Jawa, dua orang pengusaha makanan ini menarik perhatianku. Kenapakah? Aku tertarik dengan kegigihan mereka berdua, jatuh, bangun, jatuh lagi dan kemudian bangkit semula. Di kawasan PJ tuh selama 3 thn, macam2 mender jadik. Terutama berkenaan tapak untuk berniaga. Peniaga2 segera muncul dan ader yang 'berkubur'. Akan tetapi, dua orang anak muda ini terus tegar mencari rezeki untuk keluarga. Sesungguhnya, aku kagum, sangat2 kagum.
     Peniaga pertama, kurasa nama beliau adalah Faizal, berdasarkan perniagaan beliau,'Nasi Ayam Faizal'.
Gambar terbaharu berdasarkan kunjungan pd tarikh tertera.

Inilah taukehnyer, Faizal yg x jenuh2 turun padang even dah ader pembantu.
  

     Dah lama tak borak2 ngan Faizal, so aku amek kesempatan sementara menunggu nasi ayam kami sampai. Tapi borak2 sambil dier dok tak menang tangan menyedia tempahan pelanggan lah. Menurut beliau, 1 cawangan sudah beroperasi di Sg. Udang, Kg. Delik, Klang. Kat situ isteri beliau yang jaga. Nanti ada kesempatan kitorng akan berkunjung gaks ke situ. Nah! br dekat setahun aku tinggalkan PJ, dh ader kemajuan beliau ini. Alhamdulillah! Gembira sgt aku tgk org2 muda yang rajin macam neh menempa kejayaan. Hatiku kuat menyatakan 'he will be somebody 1 day'...amin3!!

  The menu.. tergoda??


 Even nmpk byk n mengerikan bijik2 cili tuh, tp ianyer x pedas. sedap lagik adolaaa..
  
Tuudiaaa... peberettt hub akuh...


Bukti kesedapan nasi ayam beliau
  
     Kenapa aku kata aku respek ngan dier n bukti dier byk menghadapi 'ups n down' dalam biznez neh? Yerlah, x silap aku dlm tahun 2007, masa memula aku dok PJ, si Faizal neh antara individu2 yg meniaga kat tepi2 jln area PJ neh. Aku plaks slalu lah jadik 'regular customer' dier. Buat pengetahuan korang, mmg kt PJ neh byk gerai nasi ayam. 4-5 tempat dan aku dah try semernyer. Akan tetapi, tidak dapat menandingi Nasi Ayam Faizal neh. Lepas tuh, MBSA kuarkan notis utk kosongkan semer gerai2 tuh dan tidak terkecuali si Faizal neh. Dah ditolak semer gerai2, maka bertebaranlah peniaga2 berkenaan mencari port meniaga yang baru. Aku plaks berasa kesal gaks pasal agak susah nak cari mkn selepas itu. Kesian gaks biler difikir2 banyak pengusaha makanan yg 'bungkus' and terpaksa 'travel' sejauh Subang Jaya demi kelangsungan hidup, demi meneruskan mata pencarian. Teringat aku masa  jentolak MBSA ngah 'rakus' menolak kedai2/restoran2/gerai2 terbabit untuk melebarkan jalan, beberapa peniaga marah2 dan tidak dapat menahan amarah mereka. Orang buat macam tuh kt periuk nasi kita kan? Ko boleh sabo lagikk? 
      Lepas tuh si Faizal neh diam japs tapi bukan bermakna beliau berhenti berniaga. Rupa2nyer beliau mencari port baru dan beliau telah meniaga di satu gerai yg telah siap dibuat cantik. Jadi, teruslah aku menjadi pelanggan tetap beliau. Dah kenal sangat beliau ngan aku biler aku muncul kt gerai beliau. Siap bagi ayam lebey sampai x abeh aku mkn ngan Imran. Alhamdulillah! Murah rezeki aku and aku doakan juga rezeki yg murah utk. beliau and biznez beliau. Tapi, apa yang diharapkan tak lama. Lepas tuh, gerai tuh dah nampaknyer ditutup. Kecewa lagik aku. Dok terpikir2 manalah si Faizal neh meniaga plaks. Alhamdulillah, tak lama lepas tuh muncul balik Nasi Ayam Faizal neh. Beliau menyewa di salah satu gerai lagik yg dibuat cantik seperti bangunan perniagaan kecil. Pemilik tanah? Orang perseorangan yang memiliki tanah di PJ inilah. Rata2nyer memang membina lot2 kedai kecil tp sewanya...ehem2, bole tahan besarnyer. Kalo tak silap gerai yg beliau meniaga sekarang nehla. Biler kuusul2, tentang kenapa asyik berpindah2 randah, jwb beliau yang sewanya tak mampu beliau tanggung. Hmmmmm....
     Aku pernah nampak Faizal ngan kukira keta beliau. Kalo tak silap, Honda Ferrio kots. Kalo salah sorry ah pasal aku neh 'terer' yg amat babs2 keta neh. Memang aku rasa bangga kerana ngan titik peluh meniaga nasi ayam sahaja, beliau memang layak n mampu utk. menggunakan kereta berkenaan. Memang beliau sangat rajin. Aku rasa beliau tak pernah cuti kecuali cuti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha ajer. Kualiti nasik ayam beliau? Memang sama sahaja dari memula kukenal sampelah masa last aku mkn bulan lepas. Itu salah 1 ciri2 peniaga mknan yg bagus coz beliau sentiasa mengekalkan rasa dan kualiti makanan. Kedua, (mana yg pertama?...eheheheh) tatkala peniaga2 nasi ayam lain sudah menaikkan harga mknan mereka ke rm4, si Faizal ini masih dengan harga rm3, dengan nasi n ayam yg melimpah, bila kutanya kenapa masih kekal ngan harga yg sama, kata beliau,"Kesianlah ngan org, kak. Ramai yg makan neh student (UITM). Takperlaa sy untung sikit". Begitu mulia hati beliau, masih bersifat perikemanusiaan biarpun perit. Akan tetapi, selepas itu, harga ayam terus meningkat jadi beliau terpaksa menaikkan harga ke rm3.50... Sampailaaa yang aku g mkn tuh, rega tetap rm3.50. Alhamdulillah! Korang nilailah sendiri peribadi beliau. Setakat mana... kita kan ker suka menilai....ehhehehhehehehehe.... begitulah kisah peniaga tegar yang pertama.


bersambunglah nnti.. nk kne uruskan something very2 important...








 

2 comments:

ummi_khalish said...

dil sokong....tapi lgi sokong kalau akk yg belanja mkn..hehe..dekat dh dgn umh mak dil kat restoran faizal yg kat kg delek tu...best tul tgk blog akk ni..jeles tau....bilalh nk blik mesia ni?huhu...

akuzle ayu said...

bole ajer kalo nk banjer tp dil kne ah blk dlu...heheheh... tqvm coz jeles ngan blog akak neh...ehehehhe