Perjalanan Hidup Berdua

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

PENCINTA MAKANAN SEJATI

Sunday, August 5, 2012

Puding Trifle

Aku mmg suka puding. Tapi puding yg 1 ini payah nak jumpa kat kedai. Mungkin pasal ia pakai byk bahan jd kosnya agak byk. Kang jual mahal2 orang tanak beli kan? Jadinya aku beranikan diri untuk buat puding ini. Lepas hantar Abang Imran ke Global Art, aku ajak Abah ke Giant Kemuning Utama. Kena nekad neh..
Kek swiss roll,tepung kastard, bebuah campur, jeli berperisa anggur dan susu segar.
Tengah menunggu nak masukkan jeli. Kubuat 4 bekas; 2 utk sendiri, 1 utk pengasuh bebudak neh n 1 utk cikgu Imran. Bekas kaserol tuh dari Indon. RM5.99. Bpe lama bertahan ku tak tahu.
Dah nak dimasukkan ke dalam peti ais. Tak sabo nak mkn. Dah makan, kastard tak menjadi. Rasa macam bertepung. Maybe psl tepungnya byk sgt n susu sikit. Yg lain ok. Yerler yg lain main campo2 ajer kan? Harap2 jiran2ku tak sakit perut.. Huhu.. Give up sungguh..

Thursday, August 2, 2012

Berbuka Puasa Bersama Denaihati di Shah Alam

     Tidak kusangka, tidak kuduga. Ada juga rejeki aku nak berjumpa blogger otai ini dalam masa terdekat. Masa berbuka puasa hari Isnin di Cititel Midvalley, ku tak berkesempatan. Kali ini siap mai 1 famili.
     Semalam bertempat di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam; Tuan Haji Denaihati sekali lagi bermurah hati berkongsi rejeki beliau ngan bloggers. Tengokler 'tagline' beliau kan? 'Hidup Untuk Memberi'... jadi aku menerimalah...hihihi
     
 My appetizer.

 Kerabu or orang kampung aku panggey 'salad'. Ku amek kerabu sotong n apertah.Bole diterima tekak.

 Kekuih pon banyak. Ku suka. Kuih raya pon ado.

 Makanan utamaku. Gulai lemak cili api telur itik, daging masak merah, kerabu sotong, kerabu telur, sambal belacan..bla..bla...fenat weh nyebutnya.

Buffet 'Iftar Gema Ramadhan' dari Kumpulan Segi Seri. Dewasa RM45, warga emas RM30 dan kanak2 RM20. Berbaloi pasal banyak pilihan. Hari2 tukar menu.

 Ado band. Bukan lagu tradisional tapi semer lagu depa bole persembahkan.

 Kami yang hadir.. Jejaka berbaju 'fink', ustaz 'Ramlee', budak perempuan pakai skaf bunga2, jejaka berbaju hitam yang ditaja oleh DH dan keluarga memasing. Dapat juga berkenalan ngan Puan DH.

Terima kasih, Tuan Haji Denaihati. Lain kali jumpa lagi, insyaallah!