Perjalanan Hidup Berdua

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

PENCINTA MAKANAN SEJATI

Sunday, July 29, 2012

Tekak Italiano

Dinihari ini adalah sahur kedua tanpa nasi. Chef kat umah neh dh takleh nk telan nasi katanya. Semlm menu kuetiew goreng basah. Hari ini..
Makaroni karbonara n teh o suam utkku.. Selamat bersahur n berpuasa..

Tuesday, July 24, 2012

Berbuka Puasa di Saba, Cyberjaya

     Sebelum neh Cik Abe dok cerita2 ajer, ada rejeki pada 1 Ramadhan lepas, berkesempatan berbuka puasa di sini. Pernah rasa 'lamb kabsah' yang ditapau rakanku dan tekak berkata 'sangat sedap' dan hati meronta2 nak makan lagi...hihihiih
     Tak berkesempatan nak 'snap' gambo restoran dari depan so dari tepi pon jadilah yea?...
 Bangunan kat Cyberjaya neh memang cantik2 kan?

 2-2 gembira.. abaikan Abang yang masih penat menghayati puasanya itu...


Bukak hari2 yea?

     Buffet depa RM35/pax n free untuk kekanak bwh 12 tahun kalo tak silap. Gedebuk gedebak RM80 laaa hangus. Sekali setahun kan?

 Sistem kat sini 'sentuh dan bayar'. Kalao 'sentuh dan pergi', siap sedialah untuk dipelangkung..

 Dari kiri: kurma, samosa daging kering n 'baklava' iaitu 'dessert' depa kots. Mender manis memanglah pujaan hatiku. 'Baklava' tuh ado kacang pistachio (yang hijau2 tuh) dan rasa manis yang aku tatau dari sumber apa tapi bukan gula.Samosa pon sodap.

Vimto dan Milo. Pekat pasal depa isi ais siap2 then kita pilih air dan isi sendiri kat dalam gelas berais tadi. Jadi, takderlaaa air kita cair sebelum dinikmati kan? Teknik yang baik.

Roti pita dan salad Arab. Segarrrr!!

 Pilihan qolbu, 'lamb kabsah'. Walaupun tebal, sentuh ngan jari pon boleh terlerai. Kelassss!! 

     Tetiba aku rasa malu/segan plaks nak 'snap' gambo nasik yang gebu gebashhh tuh. Boleh?? Tapi, nasinya memang terbaik. Makan macam tuh ajer pon layan. Ada gaks 'spiral pasta' yang macam dimasak kari.Errr... macam tak kena ajer kan? Tekak aku pon takbley terima.
     Keseluruhannya, puas hati makan. Makanan memang sedap. Yang tak baper besh adalah tempat duduk ala2 biasa macam kedai tomyam dan kebersihannya. Kalau nak duduk kat kerusi empuk, kena makan order kat bahagian depan. Errr...Ada ker tempat makan di Malaysia yang bersih?....ahahahahha

Tuesday, June 5, 2012

Teh O Epal

Boring2 minum teh kosong, cuba nak pelbagaikan siket. Mau kasi perisa. Biasa org balik Cameron or Sabah or Indon bwk balik macam2 perisa teh kan? Strawberilah, blackcurrentlah etc. Hari neh gua nak rerajin bereksperimen sket. Sementelah ada epal hijau dlm peti. Bancuh teh o then potong epal kecik2. Pastuh ramas2kan isi epal tuh kat dlm air teh. Then, letakkannya dalam peti ais untuk sensasi sejuk dingin.. Hihi..

Monday, May 14, 2012

Buka Puasa kat Sambal de Lesung, Seksyen 15, Shah Alam

Saja nak menerai kat sini. Katanya masakan autentik pantai timur. Tapi ada ker nasik kerabu? Pagi kots ader. Aku g masa nk buka posa. Ngah gigih mengganti setiap hari minggu.






Ini bukan sambal lagi. Cili anak gergasi..haha. Macam2lah lesung ada. Tapi macam lesung somtam or lesung siam semernyer.



Muka orang lapau ngah tunggu azan.



Ini yg den makan. Nasi kukus ayam berempah. Not bad.

Yang istimewa adalah ini.. Kegemaran aku n cik abe..


Korang suker gaks? Sup belut neh sodap kalau yg memasaknya pandai. Biasanya masam ajer. Yang ini boleler. Belut neh senang makannyer pasal takder tulang kecik. Yang ader tulang belakang cabang 3.. Cemana tuh? Haha.. Kener rasa senirik.


Lawo kan lampunya..

Rasanya ini kali pertama n terakhir mai sini pasal reganya mahal. Mkn nasi kukus ayam berempah, nasi putih+sup belut, kopi jantan, tembikai laici n teh tarik RM27. Mahal kan? Jus buah dier tulis RM3.50 tetiba jadik RM4.. Magik2

posted from Bloggeroid

Friday, May 4, 2012

Makan Burger Besar Juga

Sekarang neh tgh popular burger bakarlaa. Burger gergasi Yazidlaa.. Citer burger ajer now. Mekdi plaks dah lama sediakan menu 'double' bahkan 'triple' depa. Huh! Mentekedarah haper..

Semalam, hub aku cakap; gerai burger yang kitorang dok biasa beli tuh ada tambah menu baru. Lupa plaks nama rasminya tapi ditulis kat 'bunting' tuh, 'daging lebih tebal'. Sebijik berharga RM5. Jadinya mlm tadi trylah..



Mmg tebal dagingnya. Puas makan. Share ngan cik abe.

Dekat 'Iqa Burger' Tmn. Sri Muda neh macam2 burger ada. Arnab, kambing dan arituh ada rusa. Cepat pon cepat. Sedapvpon yer. Paling besh, reganya murah dari tempat2 lain. Lupa nak snap gambo gerai.

posted from Bloggeroid

Tuesday, May 1, 2012

Minum Petang Di Papa Rich, Seksyen 7 Shah Alam

Sebelum neh, g Seksyen 7 tak teringat pon nak masuk area belakang2 Jakel tuh. Today trylah masuk sementelah nak g jenguk2 kedai kwn.
Terjumpa pula kedai barangan bayi tapi menda yang dicari habeh stok pula. So, ngabehkan duit beli menda lain lor.. Huhu
Ternampak Papa Rich. Teringin nak rasa so kitorang pon terjahler.


Mee udang. RM9.90. Patut rega lebih. 'Portion' beso. Memang sudahnya tak abeh. Bole 2 orang makan.


Cik Abe punyo mee goreng mamak. Rega mcm mee udang kots. Rasa agak kureng kata lidah hub aku. Bagi aku agak sedap pasal ada rasa manis siket.. Hihihi



Hiasan dalaman. Ilang plaks gambo air. Huh!


Kat sebelah ado Rest. Hj. Sharin Low. Full house uuu..

Time bayo, leh tahan reganya; RM37.++.. Ok, kopak..

posted from Bloggeroid

Monday, April 23, 2012

Pak Hailam Kopitiam, Carrefour Bukit Rimau, Shah Alam.

     Sesambil menunggu sang suami mengambil cermin mata beliau, aku teringin pula nak santap sup kacang merah. Dah lama tak makan. Moh kita ke Pak Hailam pasal aku kenal pencuci mulut neh kat sini. 
 Sebenarnya adalah bubur tapi jadi sup pasal tiada santan kan? Lebih sihat, 'chinese style'. Lupa plaks apa khasiatnya.

Pau ayam mil penuh.

 Kiri: barli suam dengan labu dan teh 3 lapisan yang tak baper nak jadi walaupun sebelum di'kacau' Imran.

'Supper' macam neh ajer pon dah dekat RM25. Nak datang lagi ker untuk pakai diskaun tuh?

     Rega kat sini memang lebey siket. Tapi kalau mi dan laksa tuh, depa bagi 'portion' besar. Sotong kangkung plaks aku terperanjat tengok rm8.++ sepinggan. Kalau kat Pak Li, makanan neh semer tak sampai RM20 pon. Sekali-sekala nak makan sup kacang merah or kacang hijau neh, pejam mata ajer ler...hihihihih