Beberapa bulan lepas, teringin nak makan pasta dan makanan barat. Pusing-pusing seksyen 19, ternampak restoran baru buka iaitu Pasta Ekspres. Terletaknya sederet dengan kedai dobi 24 jam Clean Pro.
Melangkah je masuk, mata terpukau dek banyaknya menu. "Hebat juga restoran ni. Bila masa bukak pun tak perasan," aku mengomel sendiri.
Malam tu kami pesan pasta. Makanan Itali kan pasta tu?Betullah, barat juga kan? hihi..
Nak makan pun kena 'study' dulu. Akhirnya aku pesan ini..
Fettuchine Carbonara.
Rasanya sedap seperti pasta biasa yang pernah aku makan. Kira cukup2 jer rasa dia. Jadi, kejap jer lesap dalam perut aku. Lupa nak 'snap' gambo menu Abe Zam. Aku rasa beliau makan Lamb Chop. Sedap juga. Depa guna perasa asli kots pasal ianya cukup2 jer. Tak terlebih, tak terkurang. Jadi pinggan kami memang senang staf depa nak basuh malam tu. Licin! Yang bagus, budak2 dapat makan percuma. Depa bukan makan banyak pun kan?
Iffah Zukrina dan Imran Zamir makan Fettuchine Bolognaise. Tak habis pun. Mungkin pasal depa dah kenyang atau tak sesuai selera. Tengok minuman Imran. Faktor dia tak habis makan juga tu.
Itu minuman panas aku. Lupa plaks teh 0 apa. Tapi jadi teh hijau plaks malam tu. Pencuci mulut adalah 'creme brulae'. Pertama kali aku cuba. Oh, puding telur! Boleh dikatakan puding telur pasal bahan asalnya putih telur kan? Lepas tu tabur gula, kasi bakar. Jadi karamel. Wallah! Sedap. Puding 'panna cota' pun ada. Ingat lain kali nak cuba tapi belum ada rejeki.














